Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Coretan pendek dari saya..
Pernah atau tidak kita memerhati orang sekeliling, dan kita lihat setiap wajah mereka. Dan kita lihat pelbagai ekspresi wajah yang kita dapat lihat. Ada yang gembira dan ketawa, ada yang sedih, ada wajah nya sugul, ada yang serabut, ada yang risau, ada wajah mereka jauh merenung kosong pada suatu sudut. Setiap orang ada sesuatu yang bermain dalam fikiran mereka. Tanpa kita sedari, diri kita sendiri juga terdapat sesuatu yang bermain dalam minda.
Setiap orang terdapat mempunyai masalah yang berbeza dan jalan kehidupan mereka pula berlainan. Terdapat individu mempunyai masalah kewangan kerana perlu menanggung perbelanjaan terhadap adik-beradiknya dalam masa yang sama dia juga telah kehilangan kedua ibu bapa yang disayangi. Oleh itu, individu tersebut perlu memikirkan cara untuk menanggung perbelanjaan sekolah dan membuat pekerjaan yang boleh menyalurkan sumber kewangan kepada mereka sekeluarga. Terdapat juga, sebuah keluarga yang cukup lengkap. Semuanya sudah tersedia, mempunyai ibu bapa yang bekerjaya dan sentiasa ada untuk memberi perbelanjaan anak mereka. Jika anak memerlukan sesuatu yang mereka inginkan, akan diturutkan juga. Sentiasa cukup dan mewah harta-benda. Terdapat juga, sepasang suami isteri yang belum dikurniakan anak. Mereka sentiasa berusaha untuk mendapatkan zuriat walau apa cara sekali pun. Moga ada sinar rezeki buat mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Mungkin dengan adanya zuriat, mereka akan merasakan suasana kehidupan mereka lebih bahagia. Terdapat juga sebuah keluarga yang kehilangan anak sulung kesayangan mereka sekelip mata. Kenangan sentiasa bermain di minda mereka, nama dan doa tidak putus dari mulut kedua ibu bapa si mati. Ikatan keluarga mereka sangatlah utuh. Dalam sedih, mereka sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan mengharungi hidup tanpa adanya anak sulung yang telah tiada. Selain itu, ada yang mempunyai pasangan yang berbeza. Seringkali diseksa dari segi mental dan dihambur dengan kata-kata kesat selepas bernikah tetapi tetap bertahan demi perkahwinan mereka. Maka, keluar lah warna personaliti pasangan tersebut. Banyak lagi kehidupan disebalik wajah yang kita tidak tahu di sekeliling kita. Kita tidak tahu sampai bila perjalanan hidup seperti itu akan berlanjutan dan berterusan. Allah Maha Mengetahui setiap perjalanan hidup hamba-hamba-Nya. Sekian.
Semoga wajah-wajah sekeliling kita sentiasa kuat dan tabah mengharungi setiap perjalanan kehidupan mereka 😊
P/S: Nantilah saya share ada satu cerita yaa. Tunggu idea masuk dulu! hehe.
